e-SIM XOX

XOX e-SIM untuk telefon pintar anda. Selari dengan kepesatan teknologi yang semakin maju merentasi zaman, ONEXOX dengan bangganya telah melancarkan teknologi eSIM pada 27 Febuari 2019.

Teknologi terbaharu ini membolehkan pengguna menggunakan talian nombor telefon tanpa kad SIM fizikal.

Teknologi e-SIM dengan pelan ONEXOX BLACK “BURNPROOF” yang fleksibel, anda akan memiliki cara berkomunikasi yang hebat!

 

Apakah itu XOX eSIM?
XOX eSIM merupakan teknologi terbaharu di mana maklumat dikemaskini secara ‘wireless’ yang membolehkan anda menggunakan talian nombor telefon tanpa memerlukan kad SIM fizikal.

Produk XOX eSIM
Untuk permulaan, XOX eSIM boleh dilanggan bagi PENDAFTARAN BAHARU sahaja dengan pilihan Empat (4) pelan ONEXOX BLACK iaitu B39, B59e, B89 dan B149.

(BLACK B59e — Pelan istimewa yang dicipta khusus untuk pengguna XOX eSIM. Pelan yang bernilai RM59 bulanan ini memberikan anda kuota data sebanyak 15GB, Unlimited Calls dan 100 SMS.)

Bagaimana untuk melanggan XOX eSIM?
Anda boleh melanggan XOX eSIM secara atas talian (online) sahaja iaitu melalui button di bawah:

 

Atau scan (imbas) kod QR di bawah untuk ke portal pendaftaran XOX eSIM.

Setelah selesai proses pendaftaran, satu kod pengesahan (kod QR) akan diberi kepada anda untuk proses pengaktifan talian. Anda hanya perlu imbas kod QR tersebut untuk mengaktifkan eSIM pada peranti mudah alih anda.
Butiran kod QR dan butiran pengaktifan juga dihantar ke alamat email yang anda daftarkan.

Adakah peranti (telefon) anda menyokong XOX eSIM?
Semasa proses pendaftaran XOX eSIM, portal akan menunjukkan senarai model telefon yang menyokong perkhidmatan eSIM ini. Buat masa sekarang, XOX eSIM hanya menyokong peranti berikut:
1. iPhone XR
2. iPhone XS
3. iPhone XS Max
4. iPad Pro (2018)
5. Google Pixel 3 XL
6. Google Pixel 3
7. Google Pixel 2 XL
8. Google Pixel 2

Tonton video di bawah — Cara Daftar XOX eSIM.

 

Dapatkan segera e-SIM ONEXOX untuk lebih penjimatan dan lebih keuntungan.