LANJUTAN TEMPOH SAH PERCUMA SEHINGGA 28 BULAN

ONEXOX memang terkenal dengan tempoh sah kredit yang panjang. Dengan ONEXOX, kita guna kredit sampai dekat nak habis, barulah kita topup, tiada paksaan!! Anda tidak perlu risau nombor anda akan terminated memandangkan tempoh sah diberikan sehingga 28 bulan.

 

Bagaimana nak dapatkan tempoh sah 28 bulan di ONEXOX?

MNP (kekalkan nombor lama)

Tawaran ini diberikan istimewa buat semua pengguna ONEXOX yang telah memindahkan nombor kesayangannya ke pelan ONEXOX. Tempoh sah akaun prabayar anda akan dipanjangkan ke 28 bulan SERTA MERTA selepas pendaftaran simkad dibuat.

 

Starter Pack Baru (SP)

Untuk mendapatkan tempoh sah 28 bulan bagi pengguna yang mengguna nombor baru(SP) Onexox, pengguna mesti topup RM50 dalam satu transaksi dan topup mesti dilakukan dalam tempoh 30 hari selepas panggilan pertama berjawab (Activation Call) dibuat.

Ada beberapa kaedah lain untuk dapatkan 28 bulan tempoh sah bagi nombor baru.

onexox Topup RM10 dalam tempoh 24 jam dari masa daftar.

Nota : Tempoh sah akaun diupdate dalam tempoh 14 hari dan bukannya SERTA MERTA

ATAU

onexox Topup RM50 terkumpul dalam tempoh 30 hari dari masa daftar.

Nota : Tempoh sah akaun diupdate dalam tempoh 14 hari dan bukannya SERTA MERTA

 

Pertambahan Tempoh Sah Kredit Setiap Kali Topup

Setiap kali anda topup, tempoh sah kredit akan bertambah lagi secara automatik. Kadarnya ialah pertambahan sehari bagi setiap RM1 nilai topup.

Katakan jika tempoh sah kredit anda expired pada 1 Januari 2017, dan anda topup RM10 pada 3 September 2016, maka tempoh sah kredit akan bertambah lagi hingga 11 January 2017.