Pakej B10 Black Onexox

pakej-B10-onexoxclicks-black

Ciri-Ciri Plan B10 Black Onexox

  1. Komitmen bulanan yang sangat minima serendah RM10 sahaja. Murah bukan?
  2. Tempoh sah sebulan. Cuba fikirkan mana nak cari dengan bayaran hanya RM10 sebulan, anda
    menikmati tempoh sah 30 hari dan dapat pula free 1GB data & 20 minit masa berbual.
  3. FREE data 1Gb adalah data berkelajuan tinggi 4G dan bukannya basic data.
  4. 20 minit masa berbual adalah panggilan ke semua rangkaian. Blok panggilan pakej BLACK
    adalah 30 saat/blok – sangat jimat!
  5. Data dan minit yang tak habis guna akan bawa ke bulan berikutnya. Sekiranya data, minit & SMS habis digunakan, anda boleh beli/tambah melalui promosi happy hours.
  6. Data, minit dan SMS boleh dikongsi dengan semua pengguna prepaid dan Black Onexox.
  7. Mudah bayar bil! Hanya topup seperti mana anda topup untuk prepaid di mana-mana kedai
    atau platform topup sama ada secara online atau offline.

Kelebihan Plan B10 Black Onexox

SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT (Jika tahu cara menggunakannya)
Dengan komitmen hanya RM10 sebulan, anda dapat tempoh sah 30 hari. Sehingga kini tiada telco lain yang topup RM10 dapat tempoh sah sebulan. User juga dapat free data 1Gb dan 20 minit masa berbual kesemua rangkaian.

Bagi mereka yang guna 4 – 5Gb sebulan, walaupun dengan plan B10, anda boleh topup dan langgan happy hour atau beli Add On Data. Sekiranya data tersebut tak habis digunakan, data tersebut tak hangus sebaliknya boleh bawa ke bulan-bulan yang berikutnya. Anda hanya perlu maintain komitmen RM10 sahaja untuk bulan tersebut. Apa nak rugi???… Berbanding telco lain yang cukup tempoh jika tak habis data akan hangus & terpaksa beli data baru. Ini sesuatu yang merugikan. Dengan Onexox, semuanya jimat.

Bagi user yang tak cukup minit masa berbual, anda boleh beli minit masa berbual melalui promosi happy hour 333 minit dengan harga RM30. Jangan bimbang, sekiranya tak habis bulan ini, ianya boleh bawa ke bulan seterusnya. Ada kemungkinan dengan sekali beli 333 minit anda boleh guna untuk buat panggilan berbulan-bulan lamanya. Paling menarik ialah minit call dikira 0.5 minit per blok yang menjadikannya paling jimat.

 

SESUAI UNTUK PENGGEMAR BASIC DATA
Anda boleh lihat & dengar ramai pengguna yang mencari PERCUMA basic data. Terdapat telco yang menawarkan PERCUMA basiC data. Bunyinya sedap didengar PERCUMA tetapi untuk menggunakan basic internet, talian mesti aktif. Jika nak aktifkan talian, user mesti topup RM10 dan talian akan aktif 7 hari. Kalau nak guna sebulan basic data, secara tidak sedar user perlu topup RM30 – RM40 semata-mata nak dapat basic internet walaupun kredit masih bertimbun. Kelajuan basic internet yang diberikan hanya 64kbs sahaja dan hanya sesuai untuk guna whats app. Sekiranya dibuat pengiraan sebenar, jumlah penggunaan untuk whats app sahaja tak habis 1Gb sebulan.

Berdasarkan hujah di atas, lebih baik user pilih pakej Onexox Black B10 (1Gb + 20 min) dan setting handphone kepada 2G. Dengan setting 2G, akan jadilah basic internet. Data dan minit yang tak habis tidak hangus dan bawa ke bulan seterusnya. User hanya keluarkan RM10 sahaja setiap bulan BERBANDING habis RM30 – RM40 di telco lain.

 

HANYA PENGGUNA YANG PINTAR SAHAJA YANG TAHU MENILAI DAN REBUT KELEBIHAN YANG ADA DEPAN MATA

order-b10-black-xox